Peranti Oppo Dengan Sokongan Rangkaian 5G Turut Melepasi Pengesahan Sirim Di Malaysia

Peranti Oppo Dengan Sokongan Rangkaian 5G Turut Melepasi Pengesahan Sirim Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 22, 2020 oleh .

Sebelum ini, kita sedia melihat Huawei menjadi yang terawal menerima pengesahan Sirim untuk peranti Huawei Mate 30 Pro 5G. Kini, turut mengikut jejak adalah satu lagi pengeluar peranti dari China, iaitu Oppo.

Oppo kini telah pun menerima pengesahan untuk salah satu telefon pintar mereka dengan sokongan rangkaian 5G. Melalui semakan yang dilakukan di Sirim, ia dilihat adalah telefon pintar Oppo Reno 5G.

Peranti ini bukan sesuatu yang baru, tetapi telah pun dilancarkan pada tahun lepas. Namun, penerimaan pengesahan Sirim ini sekaligus memberikan petanda yang mana Oppo turut ingin menawarkan peranti dengan sokongan rangkaian 5G untuk pasaran tempatan secepat mungkin.

Buat masa ini, tiada sebarang penawaran rangkaian 5G untuk pengguna tempatan – dan ia hanya dijangka akan ditawarkan seawal suku ketiga 2020 ini kelak. Berkemungkinan juga, peranti-peranti dengan pengesahan ini akan digunakan untuk tujuan menguji rangkaian dan sebagainya.

Apa pun, pengesahan Sirim untuk peranti 5G daripada Oppo ini sekaligus memberikan petanda yang mana kelak kita mungkin akan menawarkan lebih banyak peranti 5G dipasaran terlebih dahulu sebelum pengenalan perkhidmatan 5G itu sendiri daripada syarikat telekomunikasi tempatan.


TIPS & ULASAN