Cari @ Amanz

Hari ini, kita telah melihat pihak Qualcomm memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka dengan sokongan rangkaian 4G, dan memfokuskan peranti pertengahan dan rendah. Selari dengannya, beberapa pengeluar telah menyatakan akan hadir dengan peranti menggunakannya.

Selain Realme, kini pihak Xiaomi turut mengumumkan mereka akan turut menjadi antara terawal untuk memperkenalkan telefon pintar dengan cip pemprosesan Snapdragon 720G.

Bukan itu sahaja, malah Xiaomi turut menekankan mereka akan menawarkan peranti Snapdragon 865 yang menyertakan ciri-ciri mercu, selain peranti premium dengan cip Snapdragon 765G.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan peranti-peranti berkenaan. Tetapi, dengan pengumuman ini, Xiaomi telah pun memberikan petanda kita akan melihat tiga telefon pintar baru daripada mereka dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd