Carian
iPhone SE 2 Mungkin Dilancarkan Seawal Mac Ini
January 22, 2020 Effi Saharudin

Sudah hampir dua tahun ura-ura mengenai iPhone SE 2 mula didengari. Peranti ini amat dinantikan peminat Apple yang masih mendambakan telefon pintar dengan skrin kecil yang boleh digunakan dengan sebelah tangan. Menurut laporan Bloomberg, iPhone SE 2 mungkin akan dilancarkan seawal Mac ini.

Pengilangan dipercayai akan bermula bulan Februari ini. Dari beberapa ura-ura yang didengari sebelum ini, iPhone SE 2 (juga terdapat laporan akan menggunakan nama iPhone 9) dilengkapi skrin kecil tetapi masih mempunyai sistem Face ID. Pada waktu yang sama ia turut mungkin dilengkapi cip A13  dan hanya dilengkapi satu kamera utama seperti iPhone XR.

Apple dipercayai akan menyasarkan pengguna iPhone SE dan iPhone 6. iPhone 6 tidak lagi menerima kemas kini perisian manakala iPhone SE pula tidak akan menerima kemas kini iOS 14 kelak. Masih adakah pembaca Amanz yang masih mahukan sebuah iPhone dengan skrin kecil?

Komen