Carian
Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Buds+ Tertiris
January 22, 2020 • Effi Saharudin

Samsung Galaxy Buds+ akan dilancarkan serentak dengan Galaxy S20 dan Galaxy Flip Z dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Menerusi fon telinga TWS generasi terkini ini akan membawakan beberapa penambahbaikan fungsi tetapi nampaknya mengekalkan rekaan yang sama seperti Galaxy Buds.

Imej pengolokan rasmi Galaxy Buds+ dari pelbagai sudut telah tertiris ke arena web semalam. Seperti yang dapat dilihat  di atas tiada langsung perbezaan dari segi rekaan. Galaxy Bud+ nampaknya akan ditawarkan dalam warna hitam, putih dan biru cair. Dari beberapa maklumat yang telah tertiris, penambahbaikan dilakukan pada kapasiti bateri. Tidak seperti AirPods Pro, Galaxy Buds+ tidak akan mempunyai sistem pembatalan hingar aktif.

Komen