Aplikasi WhatsApp Beta Untuk Android Mula Menyokong Mod Tema Gelap

Aplikasi WhatsApp Beta Untuk Android Mula Menyokong Mod Tema Gelap

Diterbitkan pada Jan 22, 2020 oleh .

Kita mula mendengar berita mengenai aplikasi WhatsApp akan hadir dengan mod tema gelap sejak dua tahun lalu. Namun sehingga hari ini, ia masih belum diedarkan lagi. Tetapi jika anda menggunakan mod tema gelap pada peranti anda, semasa WhatsApp sedang memuat – latar belakang hitam akan kelihatan bersama-sama dengan logo WhatsApp dan Facebook berwarna putih. Tetapi itu sahaja. Keseluruhan antaramuka WhatsApp masih lagi seperti biasa.

Baru-baru ini, WhatsApp mula hadir dengan versi beta yang baharu. Akhirnya, dalam versi ini mod tema gelap telah diperkenalkan. Di dalam tetapan WhatsApp bahagian Chats akan ada tetapan baharu bernama Theme. Di dalamnya akan ada pilihan System DefaultDark, dan Light. Dukacita dimaklumkan yang mod tema gelap pada aplikasi WhatsApp ini adalah hanya untuk mata pengguna lebih selesa menggunakan WhatsApp pada waktu malam atau di suasana yang gelap sahaja. WhatsApp tidak menggunakan mod tema gelap atau mod gelap yang mesra dengan peranti OLED, iaitu tidak hitam legam.

Aplikasi WhatsApp beta yang menyokong mod tema gelap ini adalah, 2.20.13. Jika anda berminat daftar sebagai pengguna beta di Play Store atau muat turun melalui APK Mirror. WhatsApp adalah aplikasi di bawah Facebook, adalah lebih baik jika mod tema gelapnya mirip dengan Facebook Messenger yang benar-benar hitam dan gelap.

WhatsApp Beta Di APK Mirror



TIPS & ULASAN