Ini Ialah Imej Sebenar Huawei P40 Pro

Ini Ialah Imej Sebenar Huawei P40 Pro

Diterbitkan pada Jan 22, 2020 oleh .

Imej pengolokan rasmi Huawei P40 Pro telah tertiris minggu ini dengan rekaan hadapan seakan Samsung Galaxy S10 dengan rekan belakang pula seakan Galaxy S20. Seperti tahun lalu, peranti ini akan memperlihatkan peningkatan kemampuan kamera dengan terdapat ura-ura ia boleh melakukan zum sehingga 10x. Hari ini imej sebenar ini telah tertiris menerusi laman

Peranti walau bagaimanapun diletakkan di dalam kerangka khas bagi mengelakkan rekaan sebenar peranti didedahkan ketika ia diuji. Pada bahagian belakang pula kesemua lensa kamera telah ditutup. Tetapi berdasarkan rekaan pintu penutup kerangka, ia berpadanan dengan imej pengolokan yang tertiris.

Kesemua peranti siri Huawei P40 akan dilancarkan di Paris pada bulan Mac hadapan. Tanpa sokongan rasmi GMS, Huawei kini giat membangunkan ekosistem HMS mereka tersendiri bagi menggantikan aplikasi Google. Antara yang telah dilakukan ialah menggunakan sistem pemetaan TomTom sebagai ganti Google Maps. Adakah ini mencukupi bagi pengguna di Malaysia yang secara majoritinya lebih gemar menggunakan perkhidmatan Google?


TIPS & ULASAN