Cari @ Amanz

Aplikasi web progresif atau PWA adalah alternatif kepada memasang aplikasi natif untuk sesuatu perkhidmatan. Contoh sebelum ini, telah kami ajarkan anda semua untuk memasang Google Photos. Ia mempunyai pengalaman penggunaan yang sama dalam pelayar web, cuma ia akan hadir dalam tetingkap sendiri tanpa sebarang bar carian dan secara tidak langsung akan membuatkan pengalaman penggunaan lebih baik.

Terkini, Google telah menawarkan Google Drive pula dalam bentuk PWA. Jika pengguna menggunakan Google Chrome atau mana-mana pelayar web yang menyokong PWA – buka sahaja Google Drive dan anda akan lihat ikon pintasan pada bar carian untuk memasang aplikasi Google Drive dalam bentuk PWA. Jika tiada ikon pintasan tersebut, tekan sahaja menu tiga titik pada pelayar web dan pilih “Install Google Drive”.

PWA ini sesuai untuk pengguna Chromebook, atau juga pengguna tablet/telefon Android. Untuk pengguna Android, ia lebih sesuai untuk peranti yang kurang memori –  kerana PWA mempunyai saiz pemasangan yang amat kecil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd