Cari @ Amanz

Pada CES 2020 yang diadakan awal tahun 2020 ini, pihak OnePlus telah membuat kejutan dan memperlihatkan peranti konsep mereka dinamakan OnePlus Concept One. Ia menawarkan rekaan dengan elemen warna daripada McLaren, selain menyertakan ciri menjadikan kamera belakang “hilang” melalui penggunaan teknologi khusus.

Lanjutan daripadanya, kini OnePlus turut memperlihatkan variasi peranti konsep mereka dengan pilihan warna hitam.

OnePlus Concept One

OnePlus Concept One

Buat masa ini, peranti ini masih sekadar konsep dan prototaip awal – dan tiada perancangan untuk memasarkannya lagi buat masa ini.

Apa pun, pihak OnePlus turut memberikan petanda yang mana mereka akan menyertakan elemen rekaan berasaskan elektronik pada peranti akan datang mereka – lebih kurang seperti implementasi kaca electrochromic pada OnePlus Concept One yang membuatkan kaca kamera belakang kelihatan seperti tersembunyi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd