TCL Plex Menerima Kemaskini Android 10

TCL Plex Menerima Kemaskini Android 10

Diterbitkan pada Jan 28, 2020 oleh .

TCL adalah syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan BlackBerry, Alcatel dan Palm Phone. Selain itu mereka juga hadir dengan peranti tersendiri. Di Amerika Syarikat, mereka lebih terkenal dengan produk televisyen pintar mampu milik. Antara peranti mereka yang sudah boleh dibeli adalah TCL Plex. Ia adalah peranti kelas pertengahan, dengan memfokuskan paparan SDR boleh diubah ke HDR tidak kira apa jua aplikasi sedang digunakan untuk memainkan kandungan video.

Terkini, TCL sudah mula mengedarkan kemaskini Android 10 untuk TCL Plex. Mod kamera 48MP kini adalah lebih pantas apabila mengambil gambar, dan kamera swafoto juga kini lebih pantas dengan penuras warna kulit yang lebih baik. Mod tema gelap Android 10 juga diperkenalkan bersama-sama dengan mod permua, kawalan gestur untuk Goolge Assistant dan beberapa kawalan muzik di kunci skrin.

Saiz kemaskini adalah 2.7GB dan versi yang anda akan terima adalah v2.0.2B.A.G. Bagi peminat permua dari Gameloft, Modern Combat Rebel Guns turut disertakan dab eksklusif untuk peranti ini dan beberapa peranti Motorola. Jika anda buang permua ini, ia tidak lagi dapat di muat turun kerana tidak disenaraikan di Play Store.

TCL Plex dijual di Malaysia dengan tanda harga RM1199, yang mana adalah sedikit mahal untuk spesifikasi yang ditawarkan. Namun, ia akan jadi berbaloi jika anda inginkan peranti yang memfokuskan kepada kandungan video sepenuhnya.



TIPS & ULASAN