Cari @ Amanz

Hari ini seorang individu telahpun ditahan oleh pihak polis kerana menyebarkan berita palsu mengenai wabak koronavirus Wuhan atau nama saintifiknya 2019 nCoV. Dari pengamatan kami penyebaran berita palsu di media sosial tempatan adalah lebih pantas berbanding penyebaran virus koronovirus di dunia sebenar. Bagi memerangi maklumat tidak sahih Twitter kini akan memberikan sarana maklumat sebenar apabila beberapa kata kunci digunakan.

Carian Virus Wuhan, Koronavirus, Virus dan Wuhan misalnya akan memaparkan saranan seperti imej di atas. Pengguna diingatkan supaya hanya menyebarkan berita sahih dari saluran betul seperti Kementerian Kesihatan dan menteri kesihatan misalnya. Dalam jumlah pesakit positif 2019 nCoV kini meningkat ke tujuh orang hari ini, pengguna harus lebih bijak menggunakan media sosial untuk penyebaran berita sahih dan tidak sekadar mengejar viral selama lima belas minit. Sebelum ini Twitter turut akan memaparkan saranan maklumat sahih mengenai kesihatan mental dan antivirus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd