Redmi Note 8 Pro Menerima Skor DXOMark Sebanyak 84 – Kamera 64 Megapixel Bukanlah Segala-Galanya

Redmi Note 8 Pro Menerima Skor DXOMark Sebanyak 84 – Kamera 64 Megapixel Bukanlah Segala-Galanya

Diterbitkan pada Jan 29, 2020 oleh .

Redmi Note 8 Pro ialah peranti pertama dengan kamera utama sebesar 64-Megapixel. Kamera yang besar ini menjadi tumpuan Redmi ketika memasarkannya di Malaysia. Tetapi nampaknya ia tidak mencukupi untuk mendapat kedudukan yang tinggi di dalam ujian yang dilakukan oleh DXOMark kerana ia hanya menerima 84 markah.

Ini langsung tidak meletakkan di dalam senarai 20 peranti terbaik di pasaran. Malahan ia sekadar setanding dengan LG V30 dan Black Shark 2. Note 8 Pro menerima 87 markah untuk fotografi dan 78 markah untuk videografi.Secara keseluruhan pujian diberikan pada sistem bokeh yang mengesan subjek dengan tepat, dedahan yang baik dalam situasi pencahayaan terang dan warna yang baik pada video yang dirakam. Kekurangannya pula ialah gambar zum yang kurang memuaskan, autofokus perlahan dan gambar yang kurang tajam.


TIPS & ULASAN