Boeing 777X Berjaya Melakukan Penerbangan Sulung – Pesawat Penumpang Terpanjang Dunia

Boeing 777X Berjaya Melakukan Penerbangan Sulung – Pesawat Penumpang Terpanjang Dunia

Diterbitkan pada Jan 29, 2020 oleh .

Boeing 777X ialah pesawat penumpang yang diperlihatkan pada tahun 2013. Selepas mengalami pelbagai masalah, ia akhirnya berjaya melakukan penerbangan sulung empat hari yang lalu. Ini menjadikannya pesawat penumpang terpanjang pernah dihasilkan. Penerbangan sulung selama hampir empat jam akan menjadi langkah pertama untuk membolehkan ia memulakan operasi komersial seawal 2021.

Pesawat ini mempunyai tubuh sepanjang 76.7 meter, hampir empat meter lebih panjang berbanding Airbus A380 yang merupakan pesawat komersial terbesar dunia. Antara penambahbaikan yang dilakukan Boeing pada pesawat ini ialah tingkap dan tempat simpanan bagasi yang lebih besar. Penjimatan penggunaan bahan api dan kos operasi pula adalah sekitar 10%.

Apabila memulakan operasi sebagai Boeing 777-9 kelak. 777X turut akan menjadi pesawat penumpang komersial dwi-enjin terbesar dunia yang dilengkapi enjin GE9X yang juga terbesar pernah digunakan pada sebuah kapal terbang. GE9X mempunyai diameter sebesar tubuh Boeing 737.

Ia turut menjadi pesawat komersial pertama dengan sayap yang boleh dilipat bagi membolehkan ia menggunakan pintu lapangan terbang biasa tidak seperti A380 yang memerlukan pintu khas. Mekanisme lipat memendekkan sayap dari 71.8 m menjadi 64.8 m.


TIPS & ULASAN