Google Translate Bakal Menyokong Transkripsi Audio Masa Nyata

Google Translate Bakal Menyokong Transkripsi Audio Masa Nyata

Diterbitkan pada Jan 29, 2020 oleh .

Transkripsi audio secara masa nyata Live Caption dalam Bahasa Inggeris telah diperlihatkan di acara Google I/O tahun lalu. Fungsi ini akhirnya diberikan pada aplikasi Pixel menerusi aplikasi Recorder. Bagi pengguna peranti selain Pixel, fungsi transkripsi audio secara masa nyata akan disokong pada aplikasi Google Translate.

Google telah memperlihatkan fungsi ini di dalam sebuah acara kecerdasan buatan dengan pihak media barat hari ini. Paling menarik ialah transkrip dalam bahasa berbeza dari yang didengari dapat dilakukan menggunakan Google Translate. Bahasa yang bakal disokong ialah Bahasa Inggeris, Jerman, Perancis dan Sepanyol.

Satu perbezaan di antara sistem transkripsi masa nyata Google Translate dan Recorder ialah ia memerlukan sambungan Internet untuk berfungsi. Pengguna Android akan menerima fungsi ini pada aplikasi Google Translate terlebih dahulu sebelum pengguna iOS.


TIPS & ULASAN