ADT-1, ADT-2 dan terkini ADT-3 adalah kit pembangunan Android TV. Ia adalah sejenis konsol yang Google edarkan atau jual kepada pembangun untuk menguji aplikasi mereka dalam sistem operasi Android TV baharu. ADT-3 sudah kedengaran sejak Disember lepas. Tetapi ketika itu ia terhad kepada pembangun terpilih sahaja dan sistem operasi Android TV Android 10 ini belum sedia diedarkan kepada pengguna.
👨💻 Start testing with ADT-3! 📺
Test your Android TV apps on Android 10 prior to roll out using ADT-3. Starting today, the ADT-3 Developer Kit will be available for purchase on the Askey site for $79.
Check it out → https://t.co/Fg1OLw50ea
Read → https://t.co/KIoQqHHj1z pic.twitter.com/e2eBOucNyA
— Android Developers (@AndroidDev) January 30, 2020
Baru-baru ini, Android Developers mula menjual kit pembangunan ADT-3 ini kepada umum. Android menjual konsol ini melalui Askey, iaitu anak syarikat Asus di beberapa negara terpilih. Walaupun ia dijual secara umum, pihak Android memberi amaran yang ia hanya patut dibeli oleh pembangun sahaja dan bukannya pengguna biasa.
Konsol ADT-3 ini dijual dengan harga $79 dengan kos penghantaran dan cukai $15.5 + $6.13, iaitu $100.3 atau sekitar RM411. Konsol ini dijana dengan cip pemprosesan Amlogic S905Y2 dan dipadankan dengan memori 2GB RAM dan storan dalaman 8GB. Ia menyokong penstriman sehingga resolusi 4K, terdapat Google Assistant terbina, dan hanya Bluetooth 4.2 dan port kuasa 1x microUSB, port HDMI 1x, dan turut mempunyai sokongan sambungan WiFi sehingga 5Hz.
Setiap pembelian, kit ini turut menyertakan alat kawalan jauh, bateri dan semua kabel yang diperlukan. Jelas di sini, ia belum sedia dipasarkan kepada umum. Sudahlah tahun 2020 masih menggunakan microUSB, rekaan tanpa logo, dan dibungkus dalam kotak yang ringkas. Buat masa ini, tiada tarikh lagi bila Android TV berasaskan Android 10 kepada umum.