Cari @ Amanz

Peranti konsep Vivo APEX 2020 akan diperlihatkan di pada 23 Februari ketika acara MWC Barcelona. Tahun demi tahun peranti APEX akan menggunakan teknologi terbaru bagi memberikan kelainan berbanding peranti pesaing. Hari ini Vivo mengesahkan APEX 2020 akan menggunakan sistem pengecasan adipantas Super FlashCharge 120W.

Menerusi sistem pengecasan adipantas ini, bateri peranti dapat dicas sepenuhnya dalam masa hanya 13 minit. Masalah perlu menanti berjam-jam lamanya untuk peranti dicas sepenuhnya kini sudah menjadi sejarah silam sejak dua tahun yang lalu. Menerusi Super FlashCharge 120W pula, menanti selama sejam untuk mengecas pula akan menjadi sejarah. Ia kali pertama diperlihatkan pada umum pada sebuah peranti prototaip ketika MWC Shanghai Jun tahun lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd