Samsung Galaxy Home Mini Akan Dilancarkan Pada 12 Februari

Samsung Galaxy Home Mini Akan Dilancarkan Pada 12 Februari

Diterbitkan pada Feb 3, 2020 oleh .

Samsung Galaxy Home diperlihatkan dua tahun yang lalu tetapi sehingga hari ini speaker pintar dengan Bixby ini masih belum dipasarkan. Sekiranya speaker ini masih di dalam senarai idaman anda, berita buruknya ialah ia mungkin tidak dijual sebaliknya digantikan dengan Galaxy Home Mini. Speaker pintar bersaiz lebih kecil ini akan mula dijual di Korea Selatan pada 12 Februari hadapan.

Harga jualan Samsung Galaxy Home Mini ialah 99,000KRW (~RM 342) sebuah yang meletakkannya lebih mahal berbanding Galaxy Nest Mini. Galaxy Home Mini adalah bersaiz lebih kecil berbanding Galaxy Home tetapi mengekalkan butang kawalan pada bahagian atas. Ia turut dilengkapi pemancar infra merah bagi membolehkannya mengawal peralatan elektrik tanpa sambungan Internet.



TIPS & ULASAN