Cari @ Amanz

MediaTek melancarkan sebuah lagi pemproses kelas pertengahan untuk permua semalam. MediaTek Helio G80 dihasilkan menggunakan teknologi 12nm dengan lapan teras dengan dua teras Cortex A75 pada kelajuan 2.0GHz  dan enam teras Cortex A55 pada kelajuan 1.8GHz. Ini adalah spesifikasi yang sama dengan Helio G70 cuma dengan kelajuan teras yang lebih tinggi.

GPU yang digunakan pula ialah Mali G52 pada kelajuan 950 MHz. Memori sehingga 8GB LPDDR4 dan skrin FHD+ 60Hz turut disokong. Dari segi kemampuan kamera pula Helio G80 boleh menyokong satu kamera 48MP atau dwi-kamera 16-MP. Sistem HyperEngine akan memastikan cip mampu menjalankan permua dengan lancar. Dengan Helio G80, MediaTek kini mempunyai tiga yang menyasarkan penggunaan pada peranti permua kelas pertengahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd