Cari @ Amanz

Tahun lalu kita mula melihat trend pengeluar telefon pintar mula menghasilkan televisyen pintar. Huawei, Honor, Nokia dan OnePlus adalah antara contoh pengeluar yang mengikuti jejak Samsung yang telah lama menghasilkan televisyen pintar. Di MWC kelak, Realme juga akan melancarkan televisyen pintar pertama mereka.

Ini didedahkan oleh Francis Wang yang merupakan ketua pegawai pemasaran Realme India. Menurut ciapan beliau Realme akan berkongsi maklumat mengenai televisyen pintar pertama mereka di MWC dan mengenai jam tangan pintar sebelum acara yang berlangsung pada 24 Februari ini. Sesuai dengan jenama Realme, harga jualan televisyen pintar ini adalah lebih mampu milik berbanding yang dijual oleh OnePlus tahun lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd