Hampir dua tahun yang lalu, Disney memperlihatkan video ujian robot animatronik yang akan menggantikan pelagak ngeri di taman tema. Hari ini mereka akhirnya memperlihatkan robot Spider Man yang akan digunakan di taman tema Avengers Campus. Avengers Campus akan dibuka di Disney California Adventure Park pada musim panas ini.
Robot Spiderman ini mampu melakukan aksi ngeri yang berbahaya tanpa membahayakan manusia. Kerana ia adalah sebuah robot, animatronik mampu melakukan aksi yang sama berkali-kali tanpa mengenal penat. Video pendek di atas menunjukkan kemampuannya melakukan balik kuang seperti Spider Man di dalam filem-filem yang telah ditayangkan di pawagam. Avengers Campus akan turut memaparkan adiwira lain dari dunia perfileman Marvel.