Cari @ Amanz

Selain daripada LG, kini pengeluar dari China, ZTE turut dilihat mengambil langkah sama dan telah mengumumkan mereka akan membatalkan persidangan media mereka di MWC 2020.

Ini sekaligus memperlihatkan kita mungkin tidak akan melihat sebarang peranti atau pengumuman baru daripada ZTE pada acara MWC 2020 ini.

ZTE mengatakan mereka mengambil langkah ini kerana beberapa kekangan, termasuk kelewatan visa ke Barcelona, selain tidak ingin membuatkan pengunjung tidak selesa di acara berkenaan.

Apa pun, buat masa ini, GSMA – badan disebalik MWC 2020 telah mengumumkan yang mana mereka akan mengambil langkah jaga-jaga tambahan, dan acara persidangan MWC 2020 akan berlangsung seperti biasa buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd