Realme Mengacah Pengenalan Peranti Baru Pada MWC 2020

Realme Mengacah Pengenalan Peranti Baru Pada MWC 2020

Diterbitkan pada Feb 6, 2020 oleh .

Realme sedia mengacah sebelum ini mengatakan bakal hadir dengan sebuah televisyen pintar pada MWC 2020 kelak. Selain daripadanya, kini mereka turut hadir dengan sebuah peranti pada acara MWC 2020 kelak.

Realme MWC 2020

Buat masa ini, peranti yang bakal dilancarkan masih tidak diketahui lagi. Tetapi, Realme melabelkannya sebagai pelancaran global pertama untuk jenama mereka.

Sebelum ini, pada bulan Disember lepas, ketika pelancaran cip Snapdraogn 865, pihak Realme turut mengatakan mereka bakal memperkenalkan peranti 5G mereka tersendiri. Mungkinkah kita akan melihat pengenalan peranti berkenaan pada acara MWC 2020 ini?


TIPS & ULASAN