Kurang Setahun, Redmi Menghentikan Penjualan Redmi K20 Pro

Kurang Setahun, Redmi Menghentikan Penjualan Redmi K20 Pro

Diterbitkan pada Feb 7, 2020 oleh .

Redmi K20 Pro adalah peranti mercu pertama dari Redmi. Ia dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 dan dijual di Malaysia sebagai Xiaomi Mi 9T Pro. Ia adalah sebuah peranti mercu mampu milik dan adalah pilihan yang sesuai bagi mereka yang sudah serik dengan masalah Poco F1. Di China, Redmi k20 Pro dilancarkan pada bulan Mei tahun lepas dan hanya dijual di Malaysia pada bulan Ogos tahun lepas.

Belum sampai setahun lagi, Redmi sudah mula menghentikan penjualan Redmi K20 Pro. Maklumat ini diberikan sendiri oleh Lu Weibing, iaitu Naib Presiden Xiaomi. Tambahan beliau lagi, peranti ini kini sudah dimiliki oleh lima juta pengguna dan mereka pasti gemarkan peranti ini. Dengan Redmi K20 Pro yang turut memenangi anugerah iF 2020 untuk rekaan, Lu Weibing amat bangga dengan peranti ini dan berhasrat untuk mengadakan acara penutupan bagi peranti ini.

Jika anda buka laman web Taobao atau laman web rasmi Xiaomi China, Redmi K20 Pro dan Redmi K20 sudah tidak lagi disenaraikan. Namun ada laporan mengatakan Redmi K20 Pro Premium Edition masih dijual dan hanya terhad dengan variasi 8/512 GB sahaja. Variasi 12/512 GB sudah tidak lagi dijual. Jualan ini mungkin terhad di kedai-kedai Xiaomi di China.

Antara sebab mengapa Redmi K20 Pro dihentikan penjualan adalah mungkin kerana, Redmi K30 Pro akan dilancarkan tidak lama lagi. Redmi K30 Pro mungkin juga adalah peranti mercu baharu yang dijana dengan Snapdragon 865.



TIPS & ULASAN