Instagram Mengaktifkan Ciri Yang Menyarankan Akaun Mana Boleh Berhenti Diikuti

Instagram Mengaktifkan Ciri Yang Menyarankan Akaun Mana Boleh Berhenti Diikuti

Diterbitkan pada Feb 8, 2020 oleh .

Oktober tahun lalu Instagram menguji ciri yang menunjukkan senarai akaun yang diikuti oleh pengguna tetapi mereka jarang berinteraksi dengannya. Menerusi ciri ini adalah lebih mudah untuk berhenti mengikuti akaun tertentu tanpa timbul rasa bersalah. Hari ini Instagram akhirnya mengaktifkan ciri ini kepada semua pengguna.

Selain menunjukkan akaun-akaun dengan interaksi paling rendah, Instagram turut menunjukkan akaun-akaun yang paling kerap muncul di susur masa pengguna. Pengguna turut diberikan melihat senarai pengikut menurut susunan paling awal atau paling terkini mengikuti akaun.

Untuk mengakses ciri ini sila ke profil peribadi dan kemudian tekan angka pengikut atau akaun yang diikuti. Tab seperti gambar di atas akan dapat dilihat pada aplikasi Instagram anda,


TIPS & ULASAN