Samsung Dilaporkan Masih Mempertimbangkan Perancangan MWC 2020 Disebabkan Koronavirus

Diterbitkan pada Feb 9, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akhir-akhir ini, disebabkan oleh virus koronavirus yang merebak, beberapa pengeluar peranti telah mula membatalkan atau mengehadkan kehadiran ke acara MWC 2020 pada penghujung bulan ini. Terbaru, mengikut laporan CNET, Samsung diperkatakan masih mempertimbangkan kehadiran ke acara MWC 2020 kelak.

Samsung dikatakan masih merancang untuk mempunyai kehadiran dan jerayawara tersendiri pada acara MWC 2020 ini. Walaubagaimanapun, kehadiran pekerja dan eksekutif mereka mungkin berkurangan berbanding sebelum ini.

Apa pun, keadaan yang tidak menentu berkaitan koronavirus ini mungkin membuatkan perancangan Samsung ini berubah.

Buat masa ini, Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perancangan mereka di MWC 2020 ini. Sebelum ini, LG telah mengatakan mereka membatalkan kehadiran mereka di MWC 2020 disebabkan koronavirus, selain ZTE yang membatalkan persidangan mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami