Cari @ Amanz

Samsung Galaxy  Z Flip hanya akan dilancarkan secara rasmi pada awal pagi Rabu ini. Tetapi firma Caviar yang terkenal dengan pengeluaran peranti mewah edisi khas telahpun mula menjual Galaxy Z Flip edisi Joker dan Harley Quinn.

Peranti ini akan mempunyai kerangka yang diperbuat daripada emas lengkap dengan lukisan watak komik popular Joker dan Harley Quinn. Hanya 53 peranti boleh-lipat edisi khas ini akan dihasilkan. Bagi yang berminat pra-tempahan telah dibuka dengan harga jualan pula  ialah $5180 (~RM21,474) sebuah. Ini adalah hampir empat kali ganda lebih tinggi berbanding anggaran harga jualan Galaxy Z Flip.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd