Cari @ Amanz

iPhone 9 ialah peranti yang dipercayai akan dilancarkan pada bulan Mac ini sebagai model gantian kepada iPhone SE. Seperti iPhone SE, iPhone 9 dipercayai akan mempunyai saiz skrin yang lebih kecil berbanding model iPhone lain yang dipasarkan oleh Apple. Menurut laporan Fast Company hujung minggu lalu, harga jualan iPhone 9 mungkin akan bermula dari $399 (~RM 1653) sebuah.

Harga jualan ini adalah sama seperti semasa iPhone SE mula dipasarkan pada tahun 2016. Di Malaysia iPhone SE dilancarkan pada harga bermula RM1949 pada tahun yang sama. Laporan dari Fast Company ini mengukuhkan ramalan yang dilakukan oleh Ming-Chi Kuo sebelum ini. Menurut beliau harga ini adalah untuk model dengan storan 64GB.

Menurut laporan Macotakara sebelum ini, iPhone 9 mungkin dijana cip Apple A13 Bionic, menggunakan sistem Face ID. dan rekaan dikatakan masih kekal seakan iPhone 8 – tetapi skrin adalah 5.4-inci bukannya 4.7-inci. Secara tidak langsung akan memberikan rekaan bezel yang nipis. Saiz kamera juga dikatakan adalah lebih besar dari iPhone 7 atau iPhone 8.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd