Rekaan Xioami Mi 10 Diperlihatkan Menerusi Poster Rasmi

Rekaan Xioami Mi 10 Diperlihatkan Menerusi Poster Rasmi

Diterbitkan pada Feb 10, 2020 oleh .

Xioami Mi 10 akan dilancarkan pada acara atas talian 13 Februari ini sebelum pelancaran globalnya pula di MWC Barcelona. Setakat ini pelbagai spekulasi mengenai rekaan dan spesifikasi telah kami laporkan di Amanz. Hari ini rekaan hadapan dan belakang peranti telah didedahkan oleh pihak Xiaomi sendiri menerusi poster rasmi.

Peranti akan dilengkapi skrin yang melengkung pada bahagian sisi dengan sebuah lubang kamera swafoto pada bucu atas sebelah kiri. Pada bahagian belakang pula terdapat empat kamera lengkap dengan satu sensor sebesar 108MP.

Xiaomi Mi 10 dipercayai akan dilengkapi skrin sebesar 6.4″ FHD+, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 16GB, storan sehingga 512GB, kamera utama 108+48+12+8 MP dan bateri sebesar 5250 mAh. Ini menjadikannya antara peranti mercu dengan spesifikasi terbaik setakat ini. Untuk spesifikasi penuh kita hanya perlu menanti selama beberapa hari sahaja lagi.


TIPS & ULASAN