Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Z Flip akan dilancarkan secara rasmi awal pagi esok ketika acara Unpacked di San Francisco. Peranti skrin boleh-lipat kedua dari Samsung ini telahpun diacah semalam dan rekaannya bukan lagi misteri. Menurut laporan media Korea, Samsung menyasarkan pengeluaran 2.5 Juta unit Galaxy Z Flip tahun ini.

Samsung Galaxy Z FlipAngka jualan ini adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding Galaxy Fold yang disahkan mereka sebelum ini. Ia mungkin dapat dicapai dengan penjualan ke pasaran yang lebih meluas berbanding Fold serta harga jualan yang lebih rendah. Tahun lalu Samsung menyasarkan jualan 6 juta unit peranti skrin boleh-lipat sepanjang 2020. Ini bermakna mereka pasti akan melancarkan beberapa lagi peranti dengan rekaan seperti ini selepas Galaxy Z Flip..

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd