Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar terbaru di India, iaitu Redmi 8A Dual. Berbeza dengan Redmi 8A yang diperkenalkan pada September lepas, telefon pintar Redmi 8A Dual hadir dengan dwi-kamera belakang.

Redmi 8A Dual

Redmi 8A Dual hadir dengan skrin bertakuk bersaiz 6.22-inci LCD, dijana cip Snapdragon 439, memori sehingga 3GB RAM, dan storan sehingga 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD. Melengkapkan peranti juga adalah bateri berkapasiti 5000mAh.

Untuk rakaman gambar, Redmi 8A Dual hadir dengan gabungan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP (depth), selain kamera swafoto 8-megapixel. Telefon pintar ini juga hadir dengan sokongan USB-C untuk pengecasan.

Redmi 8A Dual

Buat masa ini, peranti ini hanya diumumkan di India sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan ditawarkan dinegara lain. Di India, ia dipasarkan pada harga ₹6499, iaitu sekitar RM377.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd