Huawei Y7p Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM699

Huawei Y7p Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM699

Diterbitkan pada Feb 14, 2020 oleh .

Huawei Malaysia telah mula menawarkan beberapa produk baru untuk pengguna tempatan bermula hari ini. Antaranya adalah komputer riba Huawei MateBook D 15 variasi 256GB, dan juga Huawei Nova 7i.

Selain daripadanya, pihak Huawei juga turut telah mula menawarkan Huawei Y7p untuk pasaran tempatan.

Huawei Y7p

Huawei Y7p hadir dengan skrin 6.39-inci, dijana cip Kirin 710F, memori 4GB RAM, storan 64GB, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan 48MP + 8MP (ultra-lebar), bersama-sama kamera swafoto dihadapan menggunakan sensor 8-megapixel.

Huawei Y7p turut hadir dengan aplikasi AppGallery sebagai alternatif untuk Google Play Store. Dengan pembelian ini juga, Huawei menyertakan langganan percuma tiga bulan untuk storan 50GB di Huawei Mobile Cloud.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Huawei Y7p ini hari ini melalui kedai rasmi Huawei pada harga RM699.


TIPS & ULASAN