Carian
ShopeePay Akan Menyokong Ekosistem DuitNow
February 14, 2020 Aman

ShopeePay merupakan salah satu ciri dompet digital yang ditawarkan oleh syarikat edagang Shopee. Menariknya, kini selain digunakan untuk pembayaran pada platform edagang berkenaan, ShopeePay juga dilihat akan ditawarkan untuk penggunaan lebih meluas.

Hari ini, Shopee mengumumkan kerjasama dengan pihak PayNet, sekaligus akan memperlihatkan ShopeePay menyokong piawaian DuitNow.

ShopeePay PayNet

Pengumuman ini selari dengan perkongsian berkaitan DuitNow 2.0 yang lebih memfokuskan arena edagang – termasuk untuk perkhidmatan berbentuk langganan, atau pembayaran kepada web edagang.

Disamping itu, ShopeePay juga akan menawarkan sokongan untuk DuitNow QR – sekaligus membolehkan pengguna ShopeePay membayar di kedai-kedai fizikal seumpama dompet digital yang lain pada hari ini.

Buat masa ini, ShopeePay baru sahaja mengumumkan kerjasama, dan kita mungkin akan dapat melihat implementasinya dalam masa beberapa bulan lagi.

Komen