Amerika Syarikat Dilaporkan Ingin Pula Menyekat Huawei Dari Membeli Cip Dari Pengeluar Global

Amerika Syarikat Dilaporkan Ingin Pula Menyekat Huawei Dari Membeli Cip Dari Pengeluar Global

Diterbitkan pada Feb 18, 2020 oleh .

Huawei ialah mangsa perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat paling berprofil tinggi. Sejak Mei tahun lalu Huawei telah dimasukkan ke dalam senarai entiti yang menghadkan pengeluar peranti kedua terbesar dunia tahun lalu dari mengakses teknologi dari Amerika Syarikat. Menurut laporan dari Reuters pagi ini, Amerika Syarikat kini ingin menghalang Huawei dari membeli cip dari pengeluar global seperti TSMC.

Kirin 960Perbincangan di tahap tertinggi akan dilakukan di A.S minggu ini bagi meneruskan rancangan ini ataupun tidak. Pada waktu ini Huawei menggunakan TSMC untuk menghasilkan cip Kirin yang digunakan pada peranti keluaran mereka. Halangan yang ingin dikenakan oleh A.S akan memastikan Huawei tidak diberikan akses kepada teknologi cip tertentu. Teknologi penghasilan cip 7nm EUV yang digunakan pada cip Kirin 990 misalnya adalah harta intelek yang dipegang oleh TSMC.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, A.S menggandakan usaha untuk menghukum Huawei yang sebelum ini dituduh mencuri rahsia teknologi. Minggu lalu Huawei dituduh pula melakukan intipan menerusi peralatan telekomunikasi mereka. Huawei menyangkal dakwaan ini dan meminta A.S menunjukkan bukti.


TIPS & ULASAN