Apple Mungkin Melancarkan iPhone 9 Dan iPad Pro Baharu Pada Penghujung Mac Ini

Apple Mungkin Melancarkan iPhone 9 Dan iPad Pro Baharu Pada Penghujung Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 19, 2020 oleh .

Setiap tahun pada bulan Mac Apple akan mengadakan acara khas untuk produk baharu. Menurut laporan laman iPhone-ticker.de, tahun ini Apple dilaporkan akan mengadakan acara khas pada 31 Mac kelak bagi melancarkan iPhone 9 dan iPad Pro baharu. Kemudian pada 3 April iPhone 9 akan mula dipasarkan.

Bagi yang mungkin tidak mengikuti perkembangan teknologi, iPhone 9 adalah peranti yang akan mengambil alih tempat iPhone SE dengan harga yang lebih mampu milik sekitar RM 1600 sebuah. Ia diramalkan akan mempunyai saiz skrin yang lebih kecil berbanding iPhone 11 tetapi masih mengekalkan penggunaan cip Apple A13 Bionic.

iPad Pro baharu pula diramalkan oleh Ming-Chi Kuo sebelum ini sebagai peranti pertama Apple dengan kamera 3D TOF yang mampu mengimbas dunia secara tiga dimensi. Modul tri-kamera iPhone 11 Pro turut dipercayai akan digunakan pada tablet ini.

Kedua-dua ramalan ini mungkin tidak akan berlaku memandangkan dunia kini masih belum lega dari ancaman Covid-19. Pastinya pengeluar kesemua model baharu terjejas kerana Foxconn masih belum mampu beroperasi pada kapasiti maksimum.


TIPS & ULASAN