Carian
Peranti Xiaomi Mengutip Sebanyak RM118 Juta Dalam Masa 55 Saat Untuk Jualan Mi 10 Pro
February 19, 2020 Fahim Zahar

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro telah pun dilancarkan minggu lepas dan jualan dimulakan untuk Mi 10 terlebih dahulu. Ia adalah peranti mercu kedua tahun ini yang dijana dengan Snapdragon 865 selepas Samsung Galaxy S20 (pasaran luar negara). Harga jualan Mi 10 juga jauh lebih murah berbanding Galaxy S20 yang mencecah RM4,999 untuk variasi Ultra dan storan 128GB. Jika minggu lepas Mi 10 berjaya dijual dalam masa seminit dah telah mengutip sebanyak 200 Juta Yuan (~RM118 Juta), kini giliran Mi 10 Pro pula.

Di China, Xiaomi berjaya mengutip sebanyak 200 Juta Yuan, iaitu sekitar RM118 Juta dalam masa 55 saat untuk jualan Xiaomi Mi 10 Pro. Ia adalah nilai yang sama, cuma tempoh jualan adalah lebih pantas. Walaupun jualannya pantas, dukacita dimaklumkan penghantaran peranti mungkin akan tertangguh kerana wakil Xiaomi telah menyatakan banyak kilang masih tutup kerana wabak Covid-19. Pembeli yang sudah membeli perlu menunggu beberapa minggu untuk mendapatkannya.

Mi 10 Pro hadir dengan skrin melengkung 6.67-inci, kadar segar semula 90Hz, touch sensing 180Hz, Snapdragon 865, bateri 4500mAh dan juga kamera 108MP.

Komen