Cari @ Amanz

Bulan September tahun lepas, Mozilla kembali “menghidupkan” program Test Pilot. Perisian pertama yang mereka uji adalah Firefox Private Network, iaitu sejenis VPN yang Mozilla tidak ingin gelarkannya sebagai VPN. Ia hadir dalam bentuk pemalam untuk pelayar web Firefox dan hanya diberi akses kepada negara terpilih sahaja.

Baru-baru ini, Mozilla telah menerbitkan aplikasi yang sama ke Google Play Store. Peliknya, ia kali ini menggelar aplikasi ini sebagai sejenis VPN. Perkhidmatan VPN ini dikuasakan oleh Mllad VPN yang mendakwa tidak akan log data-data pengguna. Ia lebih menggunakan protokol sumber terbuka seperti OpenVPN atau IPSec. Aplikasi Firefox Private Network VPN menggunakan sistem WireGuard yang menawarkan sambungan Internet yang lebih pantas dan sambungan yang tersulit.

Aplikasi ini masih terhad kepada negara-negara yang terpilih sahaja, iaitu sekitar 30 buah negara. Firefox juga membenarkan penyambungan sehingga 5 pelayan serentak dan harga langganan adalah hanya $4.90 (~RM20.38) sebulan. Harga ini adalah harga untuk fasa beta sahaja dan ia mungkin akan meningkat di masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd