Cari @ Amanz

Apple diramalkan akan mengadakan acara khas pada penghujung Mac untuk melancarkan iPhone 9 dan iPad Pro baharu. Hari ini video menunjukkan peranti yang didakwa ialah iPhone 9 akhirnya telah tertiris ke arena web.

Seperti beberapa spekulasi yang didengari sebelum ini, peranti mempunyai saiz skrin kecil sama seperti iPhone SE yang tidak lagi dijual oleh Apple. Bahagian sisi adalah rata dengan rekaan menyerupai yang ditemui pada iPad Pro. Menarik sekali “iPhone 9” ini mengekalkan penggunaan butang home untuk Touch ID tanpa sokongan Face ID. Turut dapat dilihat ialah satu kamera sahaja pada bahagian belakang.

Sejauh manakah kebenaran video yang tertiris ini masih belum diketahui tetapi sejak akhir-akhir ini hampir kesemua peranti yang tertiris awal disahkan adalah rekaan peranti sebenar. Masih wujudkah peminat peranti Apple dengan rekaan klasik seperti ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd