Samsung Galaxy Z Flip Melepasi Pengesahan SIRIM – Menandakan Pelancaran Semakin Hampir

Samsung Galaxy Z Flip Melepasi Pengesahan SIRIM – Menandakan Pelancaran Semakin Hampir

Diterbitkan pada Feb 20, 2020 oleh .

Setakat ini Samsung Malaysia hanya mengesahkan Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra akan dilancarkan di Malaysia dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Semasa sesi bersama media tempatan, Samsung Malaysia masih berahsia mengenai status pelancaran Galaxy Z Flip. Tetapi peranti skrin boleh lipat kedua Samsung ini telahpun melepasi SIRIM memberikan petanda ia akan dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Menarik sekali Galaxy Z Flip lebih awal melepasi SIRIM berbanding S20. Peranti dengan rekaan cangkerang ini dilengkapi skrin boleh-lipat sebesar 6.7″ Dynamic AMOLED FHD+, dijana cip lapan teras Snapdragon 855+, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri sebesar 3300 mAh.

Kamera utama pada bahagian belakang adalah kombinasi 12+12 MP dan kamera swafoto pula sebesar 10 MP f/2.4. Kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar f/1.8 dan lensa ultra sudut lebar f/2.2. Pada panel luaran terdapat skrin mini sebesar 1.1″ yang boleh memaparkan notifikasi penting, skrin sesentuh untuk menjawab panggilan telefon dan juga skrin kecil untuk mengambil swafoto.

Di beberapa pasaran terpilih peranti telahpun dijual sejak 14 Februari lalu pada harga $1380 (~RM5702) sebuah dalam warna Mirror Black. Mirror Gold dan Mirror Purple.



TIPS & ULASAN