Sony Xperia 1 II Dan Xperia Pro Diumumkan – Telefon Pintar Profesional Dengan Port HDMI Terbina

Sony Xperia 1 II Dan Xperia Pro Diumumkan – Telefon Pintar Profesional Dengan Port HDMI Terbina

Diterbitkan pada Feb 24, 2020 oleh .

Dua peranti bahari kelas mercu premium telah diumumkan oleh Sony sebentar tadi. Sony Xperia 1 II dan Xperia Pro adalah dua peranti yang bukan sahaja mempunyai spesifikasi yang tingi tetapi dengan kemasan yang premium.

Sony Xperia 1 II dilengkapi skrin 6.5 OLED 4K HDR, dijana cip Snapdagon 865, memori sebesar 8GB RAM, storan 256 GB, kamera utama  12+12+12+3D TOF, kamera hadapan 8MP dan bateri sebesar 4000 mAh. Kamera utama menggunakan lensa Zeiss dengan kepakaran yang dipelajari dalam menghasilkan kamera Sony Alpha. Pengumuman ini adalah tidak dijangka kerana selama ini lensa Zeiss lebih sinonim dengan telefon pintar keluaran Nokia.

Peranti menyokong rangkaian selular 5G Sub 6, pengecasan secara nirwayar Qi dan mempunyai tahap ketahanan kalis air IP 68. Skrin memanjang 21:9 dikekalkan pad peranti pengganti Xperia 1 ini. Pilihan warna pula adalah hitam, putih dan ungu.

Kemampuan audio juga menarik kerana penggunaan sistem audio stereo pada bahagian hadapan dan juga bicu audio 3.5mm. Tidak seperti pengeluar lain Sony mengembalikan semua bicu audio pada peranti mercu mereka tahun ini. Sistem imbasan cap jari nampaknya masih lagi terletak pada bahagian sisi tetapi terbina pada butang kuasa.

Turut diumumkan ialah Sony Xperia Pro yang merupakan sebuah Xperia 1 II yang direka khusus untuk pengguna videografi profesional. Peranti ini unik kerana mempunyai port mikro HDMI terbina pada bahagian bawah. Pada waktu ini peranti masih di dalam pembangunan dan berkongsi spesifikasi yang sama seperti Xperia 1 II, Perbezaan yang dapat dilihat ialah kerangka yang lebih tebal digunakan pada Xperia Pro.

Sony Xperia 1 II akan mula dijual pada musim bunga ini tetapi harga masih belum diumumkan pada waktu ini.


TIPS & ULASAN