Carian
Redmi K30 Pro Bakal Diperkenalkan Pada Bulan Mac
February 26, 2020 Aman

Redmi merupakan sub-jenama dibawah Xiaomi yang menawarkan sejumlah peranti berkuasa. Seperti ramai sedia maklum, Redmi telah memperkenalkan Redmi K30 pada bulan Disember lepas, dan kini mereka dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi tinggi tersendiri, dinamakan Redmi K30 Pro.

Melalui perkongsian terbaru pihak Redmi, mereka mengatakan Redmi K30 Pro bakal dilancarkan secara rasminya di China pada Mac 2020 ini.

Redmi K30 Pro

Gambar acah untuk pelancaran peranti ini, Redmi K30 Pro dijangka akan menawarkan rekaan skrin menyeluruh – sekaligus mungkin menyembunyikan kamera swafoto disebalik mekanisma pop-naik seperti beberapa peranti sebelum ini. Telefon pintar ini juga dijangka dilengkapi cip Snapdragon 865, selain menyertakan sokongan pengecasan pantas bersama-sama dengannya.

Spesifikasi penuh telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi, dan berkemungkinan dikongsikan pihak Redmi dalam minggu-minggu akan datang.

Komen