Realme 6 Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
Aman
Realme boleh dikatakan agak aktif dalam pengenalan telefon pintar baru mereka. Hampir setiap bulan mereka memperkenalkan peranti baru, dan terkini pihak Realme telah mula mengacah pengenalan siri Realme 6 tidak lama lagi.

Buat masa ini, masih tiada sebarang tarikh pelancaran untuk siri baru ini. Berkemungkinan, kita akan melihat pengenalan dua variasi peranti terlebih dahulu dibawah siri ini, iaitu Realme 6 dan juga Realme 6 Pro.
Sebelum ini, pihak Realme telah hadir dengan sejumlah variasi penawaran dibawah siri Realme 5, termasuk pengenalan Realme 5i, dan Realme 5s.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai penawaran telefon pintar terbaru Realme ini tidak lama lagi. Untuk makluman, siri Realme 5 telah diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada bulan Oktober 2019 lepas, iaitu sekitar 5 bulan lepas.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.