Cari @ Amanz

Huawei dan Xiaomi adalah pengeluar peranti dari China. Kedua-dua syarikat ini mempunyai strategi penjualan telefon pintar yang lebih kurang sama sahaja, iaitu menjenamakan semula peranti model lain yang dijual di China untuk pasaran global. Yang terkini, Huawei telah memperkenalkan Huawei P40 Lite. Ia adalah peranti Nova 7i untuk pasaran di Eropah.

Huawei Nova 7i

P40 Lite hadir dengan skrin 6.4-inci LCD FHD+ dengan rekaan skrin berlubang dan dijana dengan cip pemprosesan Kirin 810. Untuk memori, RAM sebesar 6GB digunakan dan storan dalaman pula adalah 128GB. Jika 128GB tidak mencukupi, peranti ini turut menyokong kad memori NM buatan Huawei sendiri. Peranti ini juga adalah peranti kelas pertengahan Huawei dengan HMS, mempunyai bateri berkapasiti 4,200mAh dengan sokongan pengecasan SuperCharge 40W, port USB-C, bicu audio 3.5mm, dan juga butang kuasa yang turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari.

Huawei Nova 7i

Untuk kamera, ia mempunyai empat lensa di belakang iaitu 48MP lensa utama, 8MP lensa sudut ultra lebar dan dua lagi lensa untuk rakaman mod potret dan makro. Untuk kamera swafoto, ia menyertakan lensa 16MP. Huawei Eropah menjual P40 Lite pada harga €299, iaitu sekitar RM1373. Ia agak mahal berbanding Nova 7i yang hanya dijual pada harga RM1099. Tetapi, Huawei Eropah menawarkan FreeBuds 3 secara percuma – yang mana di Malaysia harganya adalah RM679.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd