Casio G-Shock GBD-H1000 Dilengkapi GPS, Pengimbas Nadi Dan Kemampuan Memaparkan Notifikasi Peranti

Casio G-Shock GBD-H1000 Dilengkapi GPS, Pengimbas Nadi Dan Kemampuan Memaparkan Notifikasi Peranti

Diterbitkan pada Feb 27, 2020 oleh .

Pada waktu ini jam tangan Casio G-Shock masih belum hadir dalam versi pintar. Mereka hanya mengeluarkan siri Pro Trek sejak 2017 yang menggunakan sistem operasi Android Wear. Bagi yang inginkan sebuah G-Shock “pintar”, Casio G-Shock GBD-H1000 yang dilancarkan minggu ini ialah jam tangan yang perlu disenarai pendekkan.

Ia masih bukan sebuah jam tangan pintar sebenar kerana tidak mempunyai sebarang sistem operasi pintar. Sebaliknya ia boleh ditambat kepada sebuah peranti pintar menggunakan aplikasi. Ia kemudian boleh memaparkan notifkasi mesej, emel dan panggilan telefon. Disamping itu data penjejak kesihatan seperti nadi, altimeter, GPS dan accelerometer turut boleh disimpan.

GBD-H1000 turut mempunyai kemampuan dicas menggunakan kuasa solar. Jika ini tidak mencukupi ia dicas menggunakan sambungan khas pada bahagian bawah.

Sebagai sebuah G-Shock, GBD-H1000 mempunyai tahap kalis air sehingga 20 bar dan tahan hentakan. Casio G-Shock GBD-H1000 akan dijual bermula 24 April pada harga 50,000 Yen (~RM 1912) seutas.



TIPS & ULASAN