Cari @ Amanz

Dua tahun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengumumkan Pelan Kesalinghubungan dan Fiberisasi Nasional (NFCP) untuk meningkatkan mutu rangkaian internet Malaysia.

Sewaktu pembentangan pakej rangsangan ekonomi petang tadi oleh Perdana Menteri interim Tun Dr. Mahathir, beliau telah mengumumkan bahawa SKMM akan melaburkan sebanyak RM3 bilion untuk kerja-kerja berkaitan dengan NFCP sejajar dengan kehendak kerajaan untuk memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada sambungan internet yang pantas.

SKMM kini sedang berada didalam fasa pembangunan menara-menara rangkaian 4G di 153 kawasan luar bandar di lapan buah negeri untuk memastikan mereka yang berada di kawasan-kawasan ini juga boleh berhubung dengan mereka yang tinggal di kawasan bandar, dan juga mendapat akses ke dunia digital.

Dalam pada itu, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan juga sedang menguji rangkaian 5G di pelbagai lokasi di sekitar negara dibawah projek yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd