Cari @ Amanz

Black Shark 3 akan dilancarkan pada 3 Mac hadapan dan ia pastinya antara peranti yang amat dinantikan peminat peranti untuk permua. Tidak seperti peranti biasa, peranti untuk permua akan dilengkapi ciri yang tidak boleh ditemui pada peranti biasa. Menarik sekali Lei Jun, pengasas Xiaomi tela mengesahkan dua fungsi unik peranti ini menerusi akaun Weibo beliau.

Peranti boleh dicas menggunakan pengecas yang bersambung secara magnetik pada panel belakang seakan MagSafe pada MacBook lama. Dengan sistem ini peranti masih boleh dicas tanpa wayar mengganggu tangan pengguna ketika sesi permua.

Beliau turut mengesahkan kewujudan dua model iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro. Bateri bersaiz 4720 mAh pada Black Shark 3 boleh dicas ke tahap 59% dalam masa 15 minit sahaja kerana menyokong pengecasan 65W. Peranti ini telah disahkan akan dilengkapi skrin OLED 120Hz, cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd