Cari @ Amanz

Pagi tadi, telah kami laporkan yang peranti gaming terkenal Black Shark 3 – akan hadir dengan sokongan pengecasan bermagnet seakan MagSafe dari Apple. Ada kemungkinan juga yang pengecas bermagnet ini turut akan mempunyai port tambahan untuik menyambung pelbagai aksesori lain. Sistem pengecasan pantas yang digunakan pula mencapai sehingga 65W dan peranti ini akan dijana dengan Snapdragon 865, skrin 120Hz, memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Terkini, Black Shark telah mengumumkan yang peranti Black Shark 3 turut akan mempunyai butang fizikal pada bahagian rangka di sisi kiri peranti. Lokasi butang ini adalah seakan lokasi butang Air Trigger Asus ROG Phone, tetapi pada Black Shark 3 ia bukannya butang dengan sensor tekanan – sebaliknya butang taktil dengan tindak balas haptik sebenar. Bukan itu sahaja, Black Shark turut mendakwa yang butang ini mempunyai masa pendam 0 saat, menggunakan kekunci 21mm dan keystroke 1.5mm.

Black Shark 3 akan dilancarkan pada 3 Mac 2020, tidak lama lagi. Mari sama-sama kita nantikan kejutan apa lagi yang akan Black Shark umumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd