Microsoft Surface Duo Mungkin Dilancarkan Lebih Awal Dengan Cip Snapdragon 855

Microsoft Surface Duo Mungkin Dilancarkan Lebih Awal Dengan Cip Snapdragon 855

Diterbitkan pada Mac 2, 2020 oleh .

Peranti dwi skrin boleh-lipat Microsoft Surface Duo diperlihatkan pada bulan Oktober tahun lalu. Microsoft menyasarkan ia akan hanya dijual pada musim perayaan akhir tahun 2020. Tetapi kini mula kedengaran ura-ura Microsoft akan melancarkannya lebih awal dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Surface DuoPelancaran lebih awal dilakukan memandangkan pembangunan perisian dan perkakasan sudahpun selesai. Pada waktu yang sama ia dikatakan sekadar menggunakan cip Snapdragon 855, dilengkapi 6GB RAM dan hanya menyokong rangkaian 4G. Jika pelancaran ditangguhkan lebih lama, spesifikasi Surface Duo sudah ketinggalan selama setahun memandangkan peranti dengan Snapdragon 865 telah mula dipasarkan bulan ini. Tambahan lagi Surface Duo akan berhadapan pesaing seperti Mate Xs, Galaxy Fold 2 serta Z Flip yang mempunyai skrin boleh-lipat sebenar.



TIPS & ULASAN