Airbus Memperlihatkan Visi Bagaimana Lapangan Kereta Terbang Diintegrasikan Ke Kawasan Bandar

Airbus Memperlihatkan Visi Bagaimana Lapangan Kereta Terbang Diintegrasikan Ke Kawasan Bandar

Diterbitkan pada Mac 2, 2020 oleh .

Ramai percaya kenderaan terbang peribadi akan menjadi realiti dalam masa sedekad. Pembangunan serta pembangunan pelbagai kereta terbang telah dimulakan lebih dua puluh tahun yang lalu kini hampir menjadi realiti. Airbus, nama besar dalam industri aeronautik juga tidak mahu ketinggalan dengan konsep mereka Vahana. Kini mereka berkongsi visi bagaimana lapangan kereta terbang boleh diintegrasikan ke kawasan bandar.

Konsep yang dikongsi menunjukkan landasan kereta terbang yang terbina pada menara pejabat, tempat kediaman, pusat membeli belah, stadium, hab pengangkutan awam dan lapangan terbang. Rekaan lapangan kereta terbang ini dihasilkan oleh Airbus dengan kerjasama MVRDV, Bauhaus Luftfahrt, ETH Zurich dan Systra.

Pendekatan Airbus nampak lebih realistik kerana tidak memerlukan bangunan khas tetapi sebaliknya hanya menambah platform pendaratan pada struktur sedia. Ia adalah pendekatan yang bertentangan dengan lapangan kereta terbang yang diperlihatkan oleh Volocopter tahun lalu.



TIPS & ULASAN