Teksi Terbang Vahana Berjaya Melakukan Penerbangan Menegak Dan Mendatar

Teksi Terbang Vahana Berjaya Melakukan Penerbangan Menegak Dan Mendatar

Diterbitkan pada Jun 24, 2019 oleh .

Project Vahana diumumkan pada tahun 2016 untuk membangunkan teksi terbang. Pesawat yang dibangunkan anak syarikat Airbus ini berkemampuan membawa seorang penumpang. Berbeza dengan Volocopter, Vahana melakukan transisi penerbangan menegak ke mendatar dengan memutarkan sayap.

Minggu lalu Vahana mengumumkan kejayaan melakukan penerbangan transisi dari menegak ke mendatar. Dengan penerbangan mendatar ia mencatatkan kelajuan maksimum 166 kilometer sejam. Ini adalah salah satu langkah bagi membolehkannya memenuhi sasaran memulakan operasi pada tahun 2020. Langkah perlahan dilakukan Vahana dalam setiap ujian kerana penerbangan pertama telah kami laporkan pada tahun 2018. Selain Vahana dan Volocopter, Uber juga agresif dalam pembangunan teksi terbang mereka yang dikatakan mengenakan kos setanding dengan menyewa sebuah teksi dalam masa terdekat.



Paling Popular