Carian
Giliran Teksi Terbang Ehang Pula Melakukan Ujian Penerbangan Dengan Penumpang Pertama
February 6, 2018 Effi Saharudin

Hanya beberapa hari yang lalu kami melaporkan Vahana, konsep teksi terbang keluaran Airbus melakukan ujian penerbangan pertama tanpa penumpang. Dalam ujian tersebut Vahana terbang setinggi 5 meter selama 53 saat. Pesaing Vahana iaitu Ehang  184 turut telah berjaya melakukan ujian penerbangan dengan penumpang pertama mereka.

Tidak seperti Vahana, dua model Ehang 185 telah diuji dengan konfigurasi membawa seorang atau dua orang penumpang. Di dalam video di atas ujian dilakukan dengan pegawai eksekutif tertinggi Ehang menjadi penumpang bagi menunjukkan kepercayaan mereka ke atas produk yang dihasilkan.

Ehang 184

Dengan kejayaan ujian-ujian di atas, Ehang 184 semakin hampir untuk digunakan ke dunia sebenar. Mungkin dalam masa lima tahun, menggunakan teksi terbang akan menjadi perkara biasa seperti kita menggunakan teksi sedia ada.

Komen