Volocopter Akan Membina Lapangan Teksi Terbang Pertama Di Singapura

Volocopter Akan Membina Lapangan Teksi Terbang Pertama Di Singapura

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

Volocopter ialah antara teksi terbang yang terawal dibangunkan. Sehingga kini ia telah berjaya melakukan beberapa ujian penerbangan di Dubai bagi menunjukkan kebolehgunaannya sebagai pengangkutan terbang jarak dekat. Bagi merealisasikan impian ini, Volocopter mengumumkan pembinaan prototaip lapangan teksi terbang pertama mereka di Singapura.

Lapangan teksi terbang yang diberi nama Volo Port ini akan menempatkan ruang menanti untuk penumpang, kawasan pertukaran bateri untuk Volocopter serta ruang menyimpan teksi terbang. Pihak Volocopter berharap akan melakukan penerbangan pertama di Kota Singa sebelum berakhirnya 2019.

Singapura dipilih kerana ia mempunyai saiz yang sesuai memandangkan Volocopter direka untuk terbang sejauh 30 kilometer dengan sekali caj. Singapura juga telah mempunyai pelan perancangan lebuh raya udara yang mengawal penggunaan bukan sahaja teksi terbang tetapi pelbagai jenis dron penghantar bungkusan.


TIPS & ULASAN